PMA MEMBUKA PERMOHONAN KEMASUKAN TINGKATAN 4

 

Pondok Moden Al-`Abaqirah  (PMA) Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) membuka permohonan pengambilan pelajar Tingkatan 4 untuk sesi 2024/2025 bermula 1 November 2024 hingga 31 Disember 2024.

Calon-calon berakhlak mulia, cemerlang akademik, aktif dalam kokurikulum, pengajian mengintegrasikan kurikulum Kebangsaan dan pengajian Kitab Turath (Arab, JAWI dan Hadith)


Syarat Kemasukan

Syarat pengambilan terbuka kepada lepasan pelajar tingkatan 4 yang telah menduduki peperiksaan PT3 atau setaraf dengannya.

Antara syarat-syarat kemasukan adalah seperti berikut:

1.    lelaki warganegara Malaysia.

2.    Keutamaan asnaf bermastautin atau menetap di Wilayah Persekutuan.

3.    Berusia 16 tahun (Tingkatan 4)

4.    Cemerlang dalam akademik (Bahasa Arab dan Pendidikan Islam: TP4

atau

Menghafaz minimum 15 juzuk Al-Quran (institusi tahfiz)

atau

Menghafaz minimum Matan Ajrumiah dan Matan Bina’

atau

Menghafaz Matan arba’in Imam al- Nawawi (institusi pondok)

5.    Berminat mempelajari kitab-kitab Turath (Arab, Jawi dan Hadith)

6.    Berakhlak mulia dan aktif dalam kokurikulum.

7.    Lulus pemukiman temu duga

 

Pondok Moden Al-'Abaqirah boleh dihubungi melalui alamat:

Lot 52566, D/A Kompleks Darul Kifayah

Jalan 36/10,

Taman Koperasi Polis Fasa 2

Batu Caves

68100  Kuala Lumpur

No. Telefon: 03 - 6186 7188 atau 03 - 4044 9444

 Atau 

Maklumat lanjut, sila kunjungi Facebook Page atau Instagram rasmi Pondok Moden Al-'Abaqirah MAIWP atau hubungi Encik Muhammad Izzat Fahmi bin Noor Ul Badri di talian 011 2869 0231.

TOP