3 Disember 2025 Rabu – MAIWP menerima kunjungan hormat daripada Kulliyyah Seni Bina & Reka Bentuk (KAED), UIAM bagi membincangkan kerjasama strategik dalam pembangunan ummah di era moden.
MAIWP diwakili oleh YBhg. Datuk Syed Kamarulzaman Syed Kabeer, Pengerusi MAIWP bersama YBhg. Datuk Mohd Nizam Haji Yahya, Setiausaha/Ketua Pegawai Eksekutif dan YBrs. Encik Mohd Fauzi Abidin, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Pengurusan). Turut hadir ialah barisan pengurusan serta pegawai MAIWP.
Delegasi KAED pula diketuai oleh YBrs. Prof. TPr Dr. Mariana Mohamed Osman, Dekan KAED, bersama YBrs. Assoc. Prof. LAr Dr. Putri Haryati Ibrahim (Timbalan Dekan Hal Ehwal Akademik) dan Dr. Fadzli Irwan Bahruddin (Timbalan Dekan Hal Ehwal Pelajar). Turut serta ialah barisan akademik KAED merangkumi ketua-ketua jabatan dan pensyarah.
Pertemuan ini membuka ruang perbincangan mengenai potensi kolaborasi dalam pembangunan komuniti, reka bentuk berimpak sosial dan penyelidikan strategik demi manfaat masyarakat Islam di Wilayah-Wilayah Persekutuan.
MAIWP merakamkan penghargaan atas kunjungan ini dan komited meneroka kerjasama yang dapat memberi impak positif kepada pembangunan ummah.





