USAHAWAN ASNAF DIPERKASA MELALUI DIGITALISASI


Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) terus mengorak Langkah melalui suatu intensif memperkasa asnaf melalui penyediaan premis pendigitalan untuk seramai 100 usahawan dengan kerjasama  Kementerian Digital melalui agensi di bawah kendalian kementerian; Mynic Berhad.

Bagi menyempurnakan perasmian penutupan Pembanguan Premis Digital Usahawan MAIWP, YB. Senator Dato’ Setia Dr. Haji Mohd Na’im bin Haji Mokhtar, hadir pada majlis tersebut.

YB Menteri membacakan sepotong ayat Al-Quran, dari surah ar-Ra’d: 11,  sebagai dorongan kepada usahawan meningkatkan motivasi dan energi mereka bagi menghadapi cabaran dalam perniagaan:


”Sesungguhnya Allah tidak mengubah apa yang ada pada sesuatu kaum sehingga mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri.”

Dr. Mohd Na’im menceritakan tentang beberapa majlis yang beliau hadiri beberapa hari yang lalu membicarakan tengan zakat dan wakaf:

"Majlis Sambutan Bulan Zakat Kebangsaan 2024 tentang kepentingan zakat dengan tema 'Zakat Melestari Ekonomi Madani', anjuran Jabatan Wakaf, Zakat, dan Haji (JAWHAR) bersama Majlis Agama Islam Negeri (MAIN) dan Agensi Mengurus Zakat (AMZ) di Cyberview Resort & Spa The Lodge, Cyberjaya," ujar beliau

Lanjut beliau lagi, di Hotel Royale Chulan, Kuala Lumpur, juga membicarakan tentang zakat dan wakaf.

"Saya berada di Pusat Konvensyen Jakarta perbincangan tentang World Zakat and Waqf Forum 2024 juga.

"Bagi program-program yang diadakan itu, bertujuan untuk membantu usahawan meningkatkan prestasi, mengubah nasib dan berilmu pengetahuan untuk terus berjaya," maklum beliau.

Beliau menyatakan suatu falsafah: ’Hari ini lebih baik dari semalam, dan hari esok lebih baik dari hari ini.”

Rasulullah SAW bersabda:

"Barang siapa yang hari ini lebih baik dari hari sebelumnya, dialah tergolong orang yang beruntung, (dan) barang siapa yang hari ini sama dengan hari semalamnya, dialah tergolong orang yang rugi dan bahkan, barang siapa yang hari ini lebih buruk dari hari semalam dialah tergolong orang yang celaka." (Hadis Riwayat al-Hakim)

Senator Menteri memaklumkan bahawa MAIWP telah membelanjakan sebanyak RM472,800.00 untuk tahun ini bagi membangunkan asnaf melibatkan penjenamaan digital, penggunaan ekosistem e-dagang dan pengaplikasian pemasaran digital terkini.

Di samping memberi latihan, membangunkan usahawan, menjenamkan perniagaan, menambah modal pusingan, dipantau dan dibimbing, khidmat nasihat dan hala tuju perniagaan.

Pada program hari ini, seramai 10 orang usahawan terbaik yang berjaya membangunkan website (laman web) perniagaan mereka telah diberikan hadiah penghargaan, antaranya:

Tempat Pertama: Ahmad Izzat Amir Bin Ahmad Bahiki

Tempat Kedua: Nur Nadiah Binti Anuar

Tempat Ketiga: Khairudin Bin Harun

Penerima lain sebagai saguhati:

Nur Intan Julia Binti Abdullah

Ubaidullah Bin Nawawi

Soba Binti Kesaee

Nur Adnin Binti Shaharudin

Muhammad Asib Bin Ismail Gany

Nuru Asyiqin Binti Mogamad Ramli

Amar Bin Zainudin

YB Menteri memaklumkan sehingga hari ini, MAIWP telah mengagihkan dana zakat berjumlah RM852.96 juta.

TOP