27 FEBRUARI 2026 — Alhamdulillah, telah berlangsung dengan penuh keberkatan Majlis Berbuka Puasa anjuran Bahagian Pembangunan Asnaf (BPA), Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan. Majlis yang sarat dengan suasana ukhuwah dan kebersamaan ini telah disempurnakan oleh Ustaz Md Fadzli bin Md Saad, Pengurus BPA MAIWP.
Majlis ini menghimpunkan seramai 100 orang asnaf bersama wakil-wakil agensi yang terlibat, sekali gus memperkukuhkan lagi jaringan kerjasama strategik dalam usaha memastikan kebajikan dan pembangunan golongan asnaf terus terbela secara menyeluruh dan berterusan. Kehadiran para tetamu bukan sahaja mencerminkan komitmen yang tinggi, malah membuktikan semangat kebersamaan dalam memikul amanah membantu mereka yang memerlukan.
Selain menjadi medan berbuka puasa, majlis ini turut menjadi platform untuk merapatkan silaturahim, berkongsi pandangan serta memperkasa sinergi antara pihak pengurusan dan agensi berkaitan. Semoga jalinan ukhuwah yang terjalin ini terus mekar, diperkukuhkan dari semasa ke semasa, dan membawa lebih banyak keberkatan serta manfaat kepada seluruh komuniti asnaf.







