Pada tahun ini MAIWP telah merancang akan
mengadakan lebih 20 program keusahawanan bagi menyantuni 1,800 usahawan.
Program yang dirasmikan oleh Pemangku Ketua Pegawai
Eksekutif MAIWP, YBhg. Datuk Mohd Nizam bin Haji Yahya bertujuan agar peserta
mampu mendapatkan sijil kementerian kewangan dan mampu bersaing dengan
usahawan-usahawan diluar bagi mendapatkan kontrak pembekalan atau perkhidmatan
melalui agensi kerajaan dan swasta.
Menjadi harapan MAIWP untuk melihat kejayaan
usahawan agar menjadi hebat, bukan sahaja dapat membebaskan diri daripada
belenggu kemiskinan malah menjadi pembayar zakat pada suatu hari nanti.


