Skuad Jejak Asnaf Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) telah memenuhi jemputan menyertai Program Kasih Asnaf bersama Pejabat Parlimen Bandar Tun Razak yang diwakili oleh Puan Nurul Izzah Dato' Seri Anwar .
Program tersebut bertujuan membina kolaborasi dan meningkatkan hubungan baik di antara agensi-agensi pemberi bantuan dengan Pejabat Parlimen khususnya supaya sentiasa bekerjasama dalam mengenal pasti bantuan yang bersesuaian untuk disalurkan kepada penerima yang layak.
Dalam rekod kami, kebanyakkan keluarga yang diziarahi adalah merupakan penerima bantuan zakat.
Sungguhpun di antara mereka telah disantuni namun dilihat masih ada keperluan yang perlu diberikan perhatian.
Melalui program-program pembasmian kemiskinan seperti ini, dari semasa ke semasa akan mencapai hasrat YAB Perdana Menteri untuk menoktahkan kemiskinan tegar.
Terima Kasih Pembayar Zakat Pusat Pungutan Zakat-MAIWP.





