Pada 2 & 3 Februari 2024, MAIWP melalui Yayasan
Taqwa Wilayah Persekutuan bersama Agensi Agama di bawah Menteri di Jabatan
Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) telah turun ke Negeri Pahang Darul Makmur
dalam Misi Bantuan Pasca Banjir kali ini.
Penyampaian barangan keperluan asasi telah
disampaikan melalui Majlis Ugama Islam Pahang di dua lokasi iaitu Felda Cini
dan Kampung Sarang Tiong Rompin.
Kerjasama yang erat antara MAIWP dan MUIP serta
rakan strategik lain dikalangan Agensi Agama, dijalin menjadi satu synergi yg
baik dalam menyantuni asnaf yang memerlukan. Semoga pembayar zakat di Wilayah
Persekutuan akan mendapat keberkatan dr Allah SWT.




