MAIWP CAKNA DERITA ASNAF

Ibu Bersama Anak Diminta Keluar Dari Bilik Sewa Dibantu MAIWP

Seorang ibu dan seorang anak telah diminta keluar bilik sewa daripada tuan rumah kerana kediaman tersebut telahpun dijual kepada pembeli lain. Katanya tuan rumah telah memberikan notis sebulan awal namun si ibu gagal menemukan kediaman yang baharu.

Ibu ini menyara diri dan anak tunggalnya dengan bekerja sebagai pembantu jualan dalam talian sejak beberapa tahun lalu. Tambahnya lagi sungguhpun pendapatannya tidak tinggi namun mencukupi untuk membiayai bilik sewa yang didiami sebelum ini selain menampung perbelanjaan sara hidup mereka berdua.

Akan tetapi si ibu buntu apabila perlu mencari kediaman baharu dalam masa singkat selain perlu menyediakan deposit dalam amaun yang tinggi.

Skuad Jejak Asnaf MAIWP dengan kerjasama PAZA MAIWP Cawangan Seputeh berjaya menempatkan dua beranak ini sementara waktu di Rumah Transit Baitulmal MAIWP sebelum disusuli skim bantuan yang sesuai.

Terima Kasih Pembayar Zakat 

TOP