Pada 3 Januari 2025 telah berlangsung
Majlis Perasmian Kompleks Akademik Baharu University College MAIWP
International (UCMI) atau Kolej Universiti Antarabangsa MAIWP telah
disempurnakan oleh YB Senator Dato' Setia Dr. Haji Mohd Na'im Bin Mokhtar,
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), di Kampus Batu Muda,
Kuala Lumpur .
Blok Akademik yang dilengkapi dengan
bilik kuliah berteknologi tinggi, makmal sains yang lengkap, kemudahan surau
dan dewan ini adalah merupakan nilai tambah dalam usaha memberikan prasarana
pembelajaran yang kondusif kepada pelajar-pelajar UCMI.
Majlis ini turut dihadiri oleh Tuan Haji
Syed Kamarulzaman bin Syed Kabeer, Pengerusi MAIWP; Datuk Mohd Nizam bin Yahya,
Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif MAIWP, dan Dato' Prof. Dr. Noor Inayah binti
Ya'akub, Ketua Pegawai Eksekutif UCMI yang baharu dilantik.
#MAIWP #PelanAlFalah #MalaysiaMadani #UCMI









