Pada hari ini, MAIWP telah menyampaikan sumbangan
tunai kepada 1,500 orang pesakit Hospital Kuala Lumpur dan Hospital Tunku
Azizah melibatkan peruntukan sebanyak RM225,000.00.
Majlis Sumbangan kepada Pesakit Hospital dan
Petugas Barisan Hadapan telah disempurnakan oleh Tuan Syed Kamarulzaman Syed
Kabeer, Pengerusi MAIWP di Auditorium Hospital Putrajaya.
Hadir mengiringi Pengerusi MAIWP, YBhg. Datin
Paduka Dr. Rohana, Pengarah Hospital Kuala Lumpur dan Encik Mohd Fauzi bin
Abidin, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Pengurusan) MAIWP.
Tuan Syed Kmarulzaman dalam ucapannya berkata,
sumbangan ini bukan hanya diberikan kepada pesakit beragama Islam, bahkan turut
diberikan kepada bukan Islam sebagai tanda keprihatinan MAIWP kepada masyarakat
yang berbilang kaum dan bangsa.
Selain itu juga, turut disampaikan sumbangan 17,000
unit bantuan Pek Makanan Ramadan kepada Petugas Barisan Hadapan di pelbagai
agensi seperti Petugas Sektor Perubatan melalui Yayasan Kaseh Kanser Dan Kronik
(YKKK) melibatkan peruntukan sebanyak RM255,000.00.
Dengan itu, jumlah keseluruhan Sumbangan MAIWP
melalui Program Rahmah Ramadan MAIWP : Majlis Sumbangan Kepada Pesakit Dan
Petugas Barisan Hadapan adalah sebanyak RM480,000.00.




