Jabata Agama Islam Wilayah Persekutuan telah sempurna menganjurkan Majlis Sambutan Maulidur Rasul peringkat Wilayah Persekutuan 1446H/2024M di Masjid Wilayah Persekutuan.
Penyertaan daripada Jabatan, agensi dan masyarakat awam amat menggalakkan.
Beberapa anugerah telah disampaikan termasuk pemenang kontinjen selawat yang menyertai Sambutan Maulidur Rasul peringkat Wilayah Persekutuan 1446H/2024M.
Anugerah Tokoh Utama, Anugerah Khas Maulidur Rasul dan Pemenang Kategori Selawat peringkat Wilayah Persekutuan 1446H/2024M:
Anugerah
Tokoh Utama Maulidur Rasul
Tan Sri Dr. Syed Hamid Bin Tan Sri Syed Jaafar Albar
Anugerah Khas Individu (Wanita)
Siti Maisarah Binti Sheikh Abdul Rahim
Anugerah Khas Individu (Lelaki)
Mohamad Azhan Bin Mohamed Adnan
Anugerah Masjid Terbaik
Masjid Mahmoodiah,
Present 18, Putrajaya
Anugerah Surau Terbaik
Surau Al-Barakah Bank Rakyat,
Menara Bank Rakyat, Jalan Rakyat, Kuala Lumpur
Anugerah Sekolah Menengah/Sekolah Menengah Agama
SMK Putrajaya Present 16 (1), Putrajaya.
Anugerah Sekolah Rendah Agama
Sekolah Integrasi Rendah Agama JAWI
SIRAJ Saidina Uthman Bin Affan
Bandar Tun Razak, Cheras, Kuala Lumpur
Anugerah Pertubuhan Badan Bukan Kerajaan (NGO)
Persatuan Orang Pekak Islam Malaysia (PRISMA)
Kontinjen
Selawat Terbaik Kategori A:
Jabatan/Agensi Kerajaan
Johan:
Ibu
Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur
(IPD Cheras)
Tempat
Kedua:
Dewan Bandaraya Kuala Lumpur
Tempat
Ketiga:
Jabatan Pengairan & Saliran Wilayah Persekutuan
Kontinjen
Selawat Terbaik Kategori B:
Awam/NGO (Non-Governmental Organization)
Johan:
Zon 2
Tempat
Kedua:
KAFA
Tempat
Ketiga:
Veteran
ATM
Tokoh
Utama
Tan
Sri Dr. Syed Hamid bin Tan Sri Syed Jaafar Albar menyandang beberapa jawatan
penting, antaranya; Pengerusi Dura Mine Sdn Bhd, Pengerusi Jawatankuasa Masjid
Saidina Umar Al-Khattab Damansara, Canselor Universiti AeU, Pengasas dan
Presiden HUMANITI Malaysia dan Duta Khas ke Myanmar, Organisation of Islamic
Cooperation (OIC).
Beliau merupakan mantan Presiden Mahkamah Sesyen, Bekas Ahli Parlimen (1990 - 2013), pernah menjawat jawatan penting dalam kerajaan seperti Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Menteri Kehakiman, Menteri Pertahanan, Menteri Dalam Negeri dan Menteri Luar Negeri, mantan Pengerusi Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat Malaysia (2010 - 2017), Profesor Adjung di Universiti Kebangsaan Malaysia, Universiti Malaya, dan Universiti Melaka.
Tokoh
Khas Individu
Puan
Siti Maisarah binti Sheikh Abdul Rahim merupakan wartawan, merangkap Ketua Biro
Putrajaya, Utusan Malaysia. Pernah dianugerahkan finalis
Hadiah Kewartawanan Malaysia MPI Petronas (2019) dan finalis Medical Travel
Media Award (2019).
Beliau banyak mengetengahkan isu-isu melibatkan permasalahan rakyat di akar umbi seperti komuniti penternak dan nelayan melalui laporan berita.
Tokoh Khas Individu
Encik Mohamad Azhan bin Mohamed Adnan merupakan Pengarah Eksekutif, TSM Jaya Mining. Beliau adalah aktivis masyarakat yang banyak membantu golongan asnaf dan komuniti jalanan mendapatkan tempat tinggal, pekerjaan dan keperluan hidup. Beliau juga berkolaborasi bersama agensi kerajaan dan NGO dalam agenda pemberdayaan golongan asnaf dan fakir miskin.
Anugerah
Khas Organisasi
Kategori
Masjid
Masjid Mahmoodiah Presint 18, Putrajaya pernah menerima Anugerah Pensijilan Provisional Low Carbon Cities 2030 Challenge, dan Johan Pertandingan Tandas Awam Bersih & Cantik 2023, Penggredan Tandas 5 Bintang 2024. Masjid tersebut aktif menganjurkan pelbagai program pengimarahan seperti aktiviti bantuan dan sumbangan kepada ahli kariah serta aktiviti kerohanian dan kelas-kelas pengajian.
Kategori Surau
Surau al-Barakah Bank Rakyat Jalan Rakyat, Kuala Lumpur pernah mendapat tempat pertama bagi Anugerah Penarafan Bilik Air dan Tempat Wuduk Surau Jumaat Peringkat Wilayah Persekutuan tahun 2015. Memperkenalkan Program Ziarah Barakah yang memperuntukkan RM150 ribu sumbangan tahunan kepada lebih 500 keluarga fakir miskin seluruh Malaysia. Menginisiatifkan Tabung Jariah al-Barakah dengan kutipan sumbangan berjumlah RM132,289 untuk disumbangkan kepada 4 sektor utama bantuan iaitu kebajikan, kesihatan, pendidikan dan pemerkasaan ekonomi.
Kategori Sekolah Menengah
SMK Putrajaya Presint 16 (1) pernah menerima Anugerah INSPIRASI ke MERCU 2023, Johan Anugerah Pengurusan Sahsiah Cemerlang 2022, mendapat dua Anugerah Emas di peringkat antarabangsa bagi pertandingan World Youth STEM Invention Innovation 2024, mendapat tiga Anugerah Emas di peringkat antarabangsa bagi pertandingan Virtual Innovation 2024, mendapat empat Anugerah Emas di peringkat antarabangsa bagi pertandingan International STEM Innovation Competition 2024 dan pelbagai anugerah lain.
Kategori Sekolah Rendah Agama
Sekolah Integrasi Rendah
Agama JAWI (SIRAJ) Saidina Uthman bin Affan (SUBA), Bandar Tun Razak, Cheras
Menjadi Johan Keseluruhan Ihtifal Aulad Islami Institusi Pendidikan JAWI Peringkat Zon tahun 2023 dan 2024. Menerima Anugerah Institusi Terbaik Keseluruhan Peringkat Wilayah Persekutuan bagi Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023, Anugerah SIRAJ Terbaik bagi Ujian Pencapaian Sekolah Rendah Agama (UPSRA) tahun 2022 dan 2023, dan Anugerah Sekolah Terbaik Penilaian & Pentaksiran Kurikulum Sekolah rendah Agama (PPKSRA) tahun 2022.
Kategori NGO
Persatuan Orang Pekak Islam
Malaysia (PRISMA)
PRISMA aktif menganjurkan
kelas pengajian agama dan fardu ain seperti kursus pengurusan jenazah, kursus
praperkahwinan, kelas al-Quran untuk OKU Pekak sama ada di pusat kegiatan
pembelajaran OKU, masjid, dan platform dalam talian, mengadakan program mengecat
mural untuk OKU Pekak di CIDB (2024), Wakil Malaysia ke 4th International
Conference for the Deaf Muslim, Gambia, dan menganjurkan umrah untuk warga
pekak bersama Wiya Travel & Tours.
Tahniah kepada semua penerima anugerah.
Pautan:
Facebook JAWIWP
Tahniah semua kerana menjayakan majlis pada hari ini.




















