Seramai 18 orang kanak-kanak berusia 2 hingga 4 tahun dari Permata Junior MAIWP Daruzzakah telah "beraksi berani" pada lawatan sambil belajar ke Balai Bomba Jalan Hang Tuah, Kuala Lumpur.
Antara aktiviti turut diselitkan sepanjang lawatan ini adalah :-
- Taklimat keselamatan kebakaran
- Latihan kebakaran secara praktikal (Run-Stop-Roll N Roll)
- Simulasi kebakaran dalam bangunan (Rumah Asap)
- Menaiki jentera bomba seperti wira sebenar
Lawatan ini bukan sahaja mencetus keterujaan kanak-kanak semata bahkan dapat menyemai keberanian dan kesedaran sejak usia kecil.
MAIWP mengucapkan ribuan terima kasih kepada pegawai-pwgawai bomba balai Hang Tuah kerana memberikan layanan terbaik kepada Permata Junior MAIWP.




