VAQF UZBEKISTAN KUNJUNGI MENARA MAIWP, JELAJAH PENGURUSAN ZAKAT DAN PENDIDIKAN TERTIAR

 

Pada hari Jumaat, 6 September 2024, sebuah badan amal awam dari Uzbekistan, VAQF Uzbekistan, telah mengadakan kunjungan ke Menara MAIWP, Jalan Haji Hussein, Kuala Lumpur.

Rombongan tersebut disambut oleh Ustaz Mohd Saiful Vijia Abdullah bersama beberapa pegawai dari Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP).

Perbincangan dalam pertemuan tersebut fokus kepada beberapa isu utama, termasuk pengurusan zakat, sistem kutipan dan agihan zakat yang dilaksanakan oleh MAIWP, serta pengurusan pendidikan tertiari di bawah naungan MAIWP.

Rombongan VAQF Uzbekistan juga menyatakan keinginan untuk menjalin kerjasama dengan MAIWP dalam bidang-bidang tersebut, sebagai usaha memperkasa amalan kebajikan dan pendidikan di Uzbekistan.

MAIWP telah dikenal pasti sebagai salah satu organisasi yang berjaya menguruskan kutipan dan pengagihan zakat secara sistematik, menjadikannya contoh terbaik kepada organisasi lain, baik di dalam mahupun luar negara.

TOP